fbpx

Kisah selebriti diseret naik ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOLONGAN berpengaruh seperti selebriti juga tidak terlepas daripada dihadapkan ke mahkamah dan menerima hukuman atas kesalahan yang dilakukan.

Pada Selasa lalu misalnya, pelakon Zul Ariffin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang dan mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik kandungan sumbang dalam Instagram miliknya pada Mac lalu.

ZUL ARIFFIN

Hakim Noorhisham Mohd. Jaafar kemudian telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM30,000 ke atas Zul atau sembilan bulan penjara jika aktor itu gagal membayar denda.

Selain Zul Ariffin, ramai lagi golongan popular sepertinya pernah dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan yang dilakukan. Bahkan ada dalam kalangan selebriti ini terpaksa ‘meringkuk’ dalam penjara sebagai hukuman atas kesalahan yang dibuat.

Gala minggu ini menyenaraikan lima selebriti terkenal dari luar negara yang pernah dihadapkan ke mahkamah kerana disabitkan dengan perbuatan jenayah.

Lindsay Lohan

Pelakon bermasalah Hollywood, Lindsay Lohan pernah dihadapkan ke mahkamah di Los Angeles, Amerika Syarikat selepas didakwa mencuri seutas kalung berharga sekitar RM12,000 di sebuah kedai perhiasan di California pada 2011.

Ketika dihadapkan ke mahkamah, pelakon yang kini berusia 36 tahun itu mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh hakim mahkamah.

Pelakon filem Get A Clue itu kemudiannya dijatuhi denda sebanyak RM185,000 dan penjara selama 90 hari.

Mujur penjara sesak, Lohan hanya dipenjara selama 13 hari sebelum dibebaskan. Selain mencuri, dia beberapa kali dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan lain. Pada 2007, Lohan pernah dijatuhi hukuman penjara selama 84 minit selepas polis menemui dadah jenis kokain di dalam keretanya.

Justin Bieber

Penyanyi terkenal Justin Bieber, 28, pernah dihadapkan ke mahkamah di Miami, Florida, Amerika Syarikat atas kesalahan memandu bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Ketika itu, penyanyi itu juga didapati memandu dengan lesen yang sudah tamat tempoh.
Pelantun lagu Never Say Never itu ditahan ketika berlumba haram menggunakan kereta mewah jenis Lamborghini miliknya.

Dia mencuri tumpuan media selepas didapati menangis semasa perbicaraan di mahkamah. Mahkamah kemudianya membebaskan Bieber dengan ikat jamin sebanyak AS$2,500 (RM11,595).

Nia Ramadhani

Tahun lalu, industri seni hiburan Indonesia gempar selepas pelakon popular, Ramadhania Ardiansyah Bakrie atau Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie ditangkap polis di kediamannya di Pondok Indah, Jakarta Selatan kerana memiliki dan mengambil dadah jenis syabu.

Pasangan itu kemudiannya menjalani perbicaraan di Mahkamah Pengadilan Negeri Jakarta Pusat pada Disember 2021.
Mahkamah yang sama memutuskan Nia dan Ardie dijatuhi hukuman penjara selama setahun.

Ketika hukuman dibacakan, mahkamah mendapati Nia, Ardi dan pembantu mereka wajar dihukum penjara selepas terbukti secara sah dan meyakinkan ketiga-tiga mereka melakukan kesalahan.

Sebelum dijatuhi hukuman penjara, mereka terlebih dahulu telah menjalani rawatan pemulihan di sebuah pusat pemulihan dadah di Fan Campus, Bogor, Jawa Barat, Indonesia selama 12 bulan.

Jung Joon-young

Bintang K-pop, Jung Joon-young pernah dihadapkan ke mahkamah pada Januari 2016 dan dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun atas tuduhan merogol seorang wanita.

Penyanyi itu dituduh melakukan perbuatan tersebut semasa malam parti di Hongcheon, wilayah Gangwon.
Joon-young dikenakan hukuman lebih berat kerana turut merakam aksi seks dan berkongsikan kepada rakan-rakan lain.

Joon-young akhirnya diperintah menjalani pemulihan seks selama 80 jam dan dilarang daripada bekerja di fasiliti kanak-kanak dan belia untuk tempoh lima tahun.

Salman Khan

Pelakon terkenal Bollywood Salman Khan dihadapkan ke mahkamah daerah Jodhpur, India pada 2017 atas tuduhan memiliki senjata api.

Dalam pertuduhan yang dibacakan mahkamah, Salman didakwa memiliki senjata api jenis rifle dan revolver tanpa lesen untuk memburu rusa hitam di sebuah kawasan perkampungan di Jodhpur pada 1998.

Kesalahan itu dikatakan berlaku sewaktu dia menjalani penggambaran filem arahan Sooraj Barjatya, Hum Saath Saath Hain.
Salman didakwa menyertai ekspedisi memburu bersama aktor Saif Ali Khan serta Sonali Bendre dan berjaya membunuh dua ekor rusa di kampung berkenaan.

Salman juga pernah dihadapkan ke mahkamah pada 2002 atas tuduhan langgar lari sehingga menyebabkan kematian.
Dalam kejadian tersebut, Salman didapati hilang kawalan ketika memandu kerana mabuk selain memandu melebihi had yang dibenarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI