fbpx

Empat PATI warga Myanmar ditahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat PATI warga Myanmar yang ditahan APMM di Tanjung Piandang dekat Parit Buntar, Kerian semalam.

PARIT BUNTAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melalui Zon Maritim Kuala Kurau menahan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar kira-kira pukul 12.30 tengah hari di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, kesemua empat PATI berkenaan di tahan di kedudukan 0.4 batu nautika barat laut Tanjung Piandang di sini.

“Kesemua mereka ditahan ketika rondaan rutin dan pemeriksaan di sebuah sangkar ikan oleh pasukan operasi APMM di lokasi terbabit semalam.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, empat PATI warga Myanmar berumur antara 29 hingga 44 tahun berada di sangkar terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Najhan, kesemua PATI tersebut ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“APMM mengingatkan kepada semua pengusaha ikan dalam sangkar dan komuniti nelayan agar mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan demi keselamatan dan kesejahteraan bersama,” katanya.

Sebarang salah laku jenayah yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkannya kepada APMM di talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI