fbpx

Barang tinggalan, ‘bekas’ Lee Min-ho untuk dilelong!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar daripada TikTok mempamerkan iklan barang-barang yang pernah disentuh atau ada kaitan dengan Lee Min-ho untuk dijual.

JIKA sudah namanya bintang ternama, lakukanlah apa sahaja pasti akan membuat peminatnya seperti diserang histeria.

Sepertinya itu yang berlaku kepada para peminat Lee Min-ho selepas aktor popular tersebut bertandang selama beberapa hari di Malaysia sempena Konsert Ulang Tahun Cuckoo kelapan minggu lalu.

Lucunya rakyat Malaysia ialah setiap objek yang dipegang Min-ho hendak dilelong!

Gurauan tersebut terbawa-bawa sehinggakan setiap barang yang disentuh Min-ho hendak dijual, termasuklah tangan milik penyampai radio Era FM, Radin yang bersalaman dengan Min-ho.

Antara yang hendak dilelong ialah telefon bimbit, kerusi, mikrofon dan udara!

Video yang dimuat naik oleh akaun TikTok radio Era itu mendapat tontonan lebih 1.8 juta dan ribuan komen daripada netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI