fbpx

Babak menangis, perut Dynas bikin ketawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siapa yang faham, fahamlah, luculah Dynas ni

TIDAK pernah terlintas dek akal apabila menangis, bahagian perut pun akan turut ‘bergegar’ namun itu perkara lucu yang dapat dilihat daripada pelakon Dynas Mokhtar.

Tanpa segan, dia berkongsi momen lucu tersebut dalam akaun TikToknya ketika menjayakan babak menangis untuk drama Nikah Cerai Rujuk.

“Tidak tahu mana lagi sedih, tengok perut atau melihat air mata mengalir,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Momen lucu tersebut mengundang tawa dan komen lucu netizen malah ada yang tidak menyangka perkara sebegitu memang benar-benar berlaku.

“Mata nak menangis, perut nak gelak. Masing-masing tak boleh beri kerjasama,” seloroh netizen.

“Nak tumpang sedih kerana babak menangis tetapi bertukar emosi, tergelak pula,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

Penangan perut bergegar, video tersebut mendapat 1.1 juta tontonan dan 41,200 tanda suka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI