fbpx

Anggota polis minta duit warga Singapura ditukar tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Anggota polis yang didakwa melakukan peras ugut kepada pasangan suami isteri warga Singapura ditukarkan tugas dan kes berkenaan dalam siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kontinjen Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, anggota terbabit ditukarkan kepada penugasan yang tidak berurusan dengan orang ramai.

“Kes ini juga sedang disiasat oleh JIPS untuk tindakan lanjut termasuk siasatan daripada aspek penyeliaan. Polis Johor memandang serius perkara ini yang boleh mencemarkan nama baik dan reputasi serta imej pasukan polis.

“Siasatan dijalankan dan hukuman yang boleh dikenakan bermula dari tugasan memenatkan sehingga boleh ditamatkan perkhidmatan dalam pasukan jika didapati bersalah,” katanya.

Tegasnya, polis Johor tidak akan bertoleransi atau berkompromi dengan mana-mana perbuatan oleh pegawai dan anggota polis yang menyalahi undang-undang serta etika sebagai penjawat awam.

Terdahulu, tular di laman sosial berhubung sepasang suami isteri warga Singapura trauma apabila terpaksa membayar ‘denda’ RM500 kepada anggota polis trafik di bandar raya ini dalam kejadian pada 29 September lalu.

Mereka didakwa terpaksa membayar sejumlah bayaran itu selepas didakwa melanggar lampu isyarat dua kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI