fbpx

10 negeri dijangka dibadai hujan lebat, ribut petir petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang di 10 buah negeri petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di laman Facebooknya berkata, amaran cuaca tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 7 petang nanti.

Antara negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutun Labuan.

“Di Kedah ia melibatkan daerah Sik, Baling dan Kulim, manakala bagi Perak membabitkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar.

“Bagi Negeri Kelantan, amaran ini dikeluarkan untuk daerah Jeli dan Kuala Krai, manakala di Terengganu ia melibatkan daerah Hulu Terengganu, Marang, Dungun serta Kemaman, ” katanya.

Ujar MetMalaysia, amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Pahang iaitu di Tanah Tinggi Cameron dan Lipis, manakala di Johor ia membabitkan daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing serta Kota Tinggi.

“Bagi negeri Melaka pula ia melibatkan keseluruhan kawasan di negeri itu, manakala untuk Sarawak ia membabitkan kawasan Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang.

“Di Sabah, antara kawasan terjejas adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu, “jelasnya.

Tambah MetMalaysia, turut menerima amaran sama adalah seluruh kawasan di Labuan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI