fbpx

‘Ya, belanjawan petang ini’- Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy ketika hadir pada mesyuarat kabinet di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya. - Foto FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan Belanjawan 2023 akan dibentang seperti yang dijadualkan pada petang ini.

“Ya, belanjawan petang ini,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di hadapan Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Terdahulu, Khairy bersama barisan menteri Kabinet yang lain menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketika ditanya mengenai intipati mesyuarat sama ada membincangkan mengenai pembubaran Parlimen, beliau menjawab secara berseloroh mahu makan bubur.

“Saya nak makan bubur,” katanya.

Mesyuarat yang dipercayai bermula pada pukul 10 pagi itu tamat kira-kira dua jam kemudian dengan kenderaan menteri Kabinet mula dilihat meninggalkan bangunan berkenaan sejak pukul 12 tengah hari.

Antara yang terawal dilihat keluar antaranya Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sebelum ini terdapat desas desus dan spekulasi kononnya Dewan Rakyat akan dibubarkan sebelum pembentangan Belanjawan 2023 hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI