fbpx

Warga emas cedera jatuh perigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba menyelamatkan warga emas yang terjatuh dalam perigi di Kampung Batu 8, Mantin menggunakan tangga.

SEREMBAN – Seorang lelaki warga emas cedera bahagian perut selepas terjatuh dalam sebuah perigi sedalam 2.4 meter di Kampung Batu 8, Mantin di Nilai di sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.29 pagi.

“Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke lokasi dan mendapati mangsa seorang lelaki berusia 60 tahun terperangkap dalam sebuah perigi berkedalaman lapan kaki (2.4 meter) yang tidak lagi digunakan.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut dan dia berjaya diselamatkan dengan menggunakan tangga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut jurucakap tersebut, mangsa telah diserahkan kepada pasukan kesihatan dan dibawa ke hospital dengan ambulans.

Jelasnya, setakat ini punca mangsa terjatuh ke dalam perigi masih dalam siasatan memandangkan warga emas itu tidak fasih berbahasa Melayu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI