fbpx

Tropicana, Mariott bangunkan hotel lima bintang di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lakaran artis bagi pembangunan Sheraton Langkawi Resort & Spa di Tropicana Cenang.

PETALING JAYA – Pemaju hartanah, Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) menandatangani perjanjian pengurusan hotel bersama Marriott International bagi pembinaan sebuah hotel lima bintang 270-kunci di Langkawi.

Hotel berkenaan yang dinamakan sebagai Sheraton Langkawi Resort & Spa merupakan sebahagian daripada pembangunan bercampur Tropicana Cenang seluas 2.14 hektar, dengan anggaran nilai pembangunan kasar keseluruhan RM1.4 bilion.

Kerjasama perhotelan ketiga antara Tropicana dan Marriot International, selepas W Kuala Lumpur dan Courtyard by Marriott di Pulau Pinang itu hadir ketika Langkawi menyaksikan lonjakan minat pelancong terhadap pulau berkenaan, dengan potensi untuk mencapai kemuncak sebelum pandemik pada empat juta pengunjung setahun.

Pengarah Urusan Kumpulan Tropicana, Dion Tan berkata, pihaknya teruja untuk membina hotel bertaraf lima bintang di lokasi strategik dalam pembangunan bercampur Tropicana Cenang yang memiliki komponen kediaman, hospitaliti dan komersial.

Dion (kiri) bersama Naib Presiden Kanan Pembangunan Hotel Asia Pasifik Marriott International, Kevin
Chen pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama.

“Kami yakin gabungan kesemua komponen ini dan pembangunan hotel yang dirancang akan menyerlahkan komitmen kami bagi mendefinisikan semula gaya hidup di Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sheraton Langkawi Resort & Spa dijangka mempunyai 270 bilik tetamu dan suite moden, restoran berhadapan dengan pantai, spa, kolam renang, pusat kecergasan dan kelab untuk kanak-kanak.

Ia bakal turut menampilkan dewan seluas 400 meter persegi, bilik mesyuarat dan ruang pra-acara, menjadikannya lokasi sesuai acara berskala kecil hingga sederhana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI