fbpx

Tamatnya derita kanser Lee Jae-won

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE JAE-WON

BEKAS anggota kumpulan legenda Korea Selatan, H.O.T iaitu Lee Jae-won mengesahkan dirinya bebas daripada derita penyakit kanser tiroid yang dihidapi selama ini.

Jae-won mendedahkan perkara tersebut dalam satu temu bual bersama sebuah program televisyen baru-baru ini.

Kata bintang berusia berusia 42 tahun itu, dia mula didiagnos menghidap kanser tersebut ketika berusia 30 tahun.

“Saya menghidap kanser tiroid sejak 12 tahun lalu dan kini telah bebas sepenuhnya. Sejujurnya saya terkejut dan tidak sangka dengan berita ini,” katanya.

Dia kini mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan senaman.

Jae-won yang memulakan debut bersama kumpulan H.O.T pada 1996 kini aktif sebagai pelakon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI