fbpx

Perdana Menteri rasmikan HSN 2022 pada Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAIZAL (tengah) bersama timbalannya, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker (dua dari kiri) dan Pengerusi Eksekutif Bubbles O2 Sdn. Bhd., Arifin Marzuki (kanan) ketika pengumuman penaja Liga Besbol Kebangsaan pada EISKL 2022 semalam.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka merasmikan Hari Sukan Negara 2022 (HSN 2022) esok meskipun di tengah-tengah isu panas kemungkinan pembubaran Parlimen pada masa ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, walaupun ada khabar angin mengatakan acara itu ditangguhkan, ia tidak benar kerana HSN tetap dilangsungkan.

“Saya ingin tegaskan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tiada hasrat untuk menangguhkan HSN 2022 yang disambut pada 8 Oktober dan ia akan dilancarkan oleh Perdana Menteri di Dataran Istana Kehakiman di Putrajaya.

“Semua negeri akan menganjurkan acara serupa pada hari sama. Ada usaha yang sedang tular mengenai KBS menangguhkan penganjuran HSN 2022, namun ia tidak benar.

“Pada kami (KBS), sukan adalah alat perpaduan yang mesti diteruskan pada waktu kita terlalu berpolemik dengan politik. Saya harap HSN 2022 akan kembali menyatupadukan rakyat,” katanya selepas merasmikan Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur 2022 (EISKL 2022) semalam.

Sambutan HSN 2022 dilaksa­nakan secara serentak bermula hari ini sehingga Ahad. Antara pengisian adalah Putrajaya Night Marathon HSN 2022, Karnival Sukan Air, Karnival Sukan Mendaki Kebangsaan, Kejohanan e-sukan, Let’s Get Fit, M-Games, Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur dan Kejohanan Powerboat ASEAN.

Ia acara tahunan KBS bagi melunaskan hasrat kerajaan bagi membudayakan sukan dalam kalangan rakyat di negara ini.

HSN 2022 dijangka menarik 4.5 juta peserta dengan 1.3 juta di peringkat kebangsaan, 345,404 di negeri dan 2 juta di daerah selain Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan seramai 200,000 orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN