PETALING JAYA – Paras air Sungai Buloh di Paya Jaras, Selangor, dilaporkan meningkat melebihi tahap amaran ekoran hujan lebat sejak petang tadi.
Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pukul 10 malam, keadaan sungai itudidapati masih mengalami trend menaik.
Ia merekodkan bacaan 25 meter (m) melebihi tahap waspada berbanding normal iaitu 22 meter.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan menjangkakan hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang melanda Selangor sehingga pukul 11 malam ini.
“Ia melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang,” katanya. – KOSMO! ONLINE