fbpx

MBSB Bank jalin kerjasama dengan PTPTN untuk transaksi e-Wallet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Azam (kiri) dan Ahmad Dasuki dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman wujudkan kerjasama strategik untuk transaksi e-Wallet.

PETALING JAYA – MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk fokus kepada penyediaan kemudahan transaksi digital kepada pelanggan membuat simpanan dan bayaran balik pinjaman melalui e-Wallet MBSB.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) dan peminjam PTPTN akan menikmati kemudahan tersebut menerusi e-Wallet MBSB Bank.

“Pendeposit Simpan SSPN boleh membuat simpanan ke dalam akaun Simpanan SSPN melalui e-Wallet MBSB Bank dengan mudah tanpa perlu membuka akaun simpanan dengan MBSB Bank,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, e-Wallet MBSB Bank merupakan dompet digital aplikasi mudah alih patuh syariah yang pertama di Malaysia yang ditawarkan dengan MBSB Bank.

Katanya, MoU ini bertujuan untuk menjalankan kolaborasi strategik dalam pembudayaan simpanan pendidikan, pengurusan kewangan, program-program promosi dan pemerkasaan komuniti.

Di samping itu, ia dapat menyemai kesedaran menabung dan mendidik literasi kewangan secara digital yang baik dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid menjelaskan bahawa PTPTN sentiasa menyambut baik kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta bagi memperkasakan perkhidmatan dalam talian berbentuk hujung ke hujung (E2E).

“Saya berharap MoU ini akan merancakkan lagi kerjasama sedia ada antara kedua-dua pihak di samping menjana kerjasama baharu yang bakal memberi manfaat kepada kesejahteraan masyarakat,” ujarnya.

e-Wallet MBSB Bank juga boleh dimuat turun ke semua telefon pintar melalui aplikasi Apple Store dan Google Play dan boleh melayari www.mbsbbank.com untuk maklumat lanjut.

Selain itu, MBSB Bank turut mengumumkan laman web ‘M Journey Virtual Branch’ yang kini sedia dilawati dan direkabentuk untuk lebih interaktif, mesra pengguna dengan ciri-ciri peningkatan keselamatan.

Layari https://mjourney.mbsbbank.com untuk pengalaman perbankan secara maya yang lengkap, mudah dan menarik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI