fbpx

Mayat empat sekeluarga ditemui di dalam tangki najis, dua suspek ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS menunjukkan tangki septik yang menjadi tempat pembuangan mayat mangsa di Way Kanan. – Polis Way Kanan

JAKARTA – Polis telah menahan dua suspek yang terlibat dalam pembunuhan empat sekeluarga di wilayah Lampung, Indonesia susulan penemuan mayat mangsa di dalam tangki septik selepas setahun menghilang, lapor laman berita Tribunnews. 

Suspek pembunuhan itu bernama DW, 17, dan bapa kandungnya, EW, 38, juga dari Lampung. 

Keempat-empat mangsa ditemui di dalam tangki najis sebuah rumah di Desa Marga Jaya, Daerah Way Kanan.

Menurut polis tempatan, empat mayat yang sudah mereput itu disyaki terdiri daripada ahli keluarga Zainudin yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu.

“Empat mangsa ditemui di dalam tangki najis yang berada di belakang rumah keluarga Zainudin,” kata Ketua Polis Daerah Way Kanan, Teddy Raschesna semalam.

Jelas Teddy, berdasarkan maklumat yang dikumpul oleh polis, ahli keluarga itu terdiri daripada Zainudin (bapa), Siti Romlah (ibu), Wawan (anak) dan anak lelaki Wawan yang berusia lima tahun.

Polis sebelum ini menemui mayat anggota keluarga itu bernama Juwanda, 26, yang merupakan adik kepada Wawan. 

Motif pembunuhan adalah kerana suspek sering bergaduh dengan Juwanda berkaitan masalah harta pusaka. Suspek merupakan abang tiri dan anak saudara mangsa.

“Ketika ini, pasukan unit Sistem Pengenalan Cap Jari Automatik Indonesia (Inafis) masih dalam proses memindahkan mayat mangsa,” kata Teddy.

Pelaku didakwa membunuh keempat-empat mangsa sekali gus sebelum membuang mayat mereka ke dalam perigi yang diubah suai menjadi tangki najis.

“Kemudian pelaku segera menutup tangki itu menggunakan simen,” jelasnya.

Polis turut menemui barang bukti iaitu batang besi sepanjang 1.5 meter, satu unit telefon bimbit dan sebilah kapak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI