SEREMBAN – Aksi Liga Super di antara Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Kedah Darul Aman FC (KDAFC) yang dijadual berlansung malam ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini ditangguhkan.
Komisioner Perlawanan, M. Elagkoven berkata, beliau membuat keputusan tersebut susulan hujan lebat yang tidak berhenti sejak petang selain air yang bertakung di permukaan padang menyebabkan perlawanan tidak sesuai dijalankan.
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/10/WhatsApp-Image-2022-10-07-at-11.41.34-PM.jpeg)
“Perlawanan Liga Super 2022 diantara pasukan NSFC dan KDAFC ditunda akibat cuaca buruk.
“Saya telah dimaklumkan oleh pengadil MFL bahawa keadaan padang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi tidak sesuai untuk memulakan perlawanan pada malam ini,” katanya ketika ditemui.
Tambahnya, perlawanan itu akan berlangsung pada hari esok (Sabtu) pukul 8.15 malam di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
NSFC kini berada di tangga keempat liga kini menjadi perlawanan tumpuan dengan mata terkumpul 35 mata. – KOSMO! ONLINE