fbpx

UCL: Erling Haaland bukan ‘manusia biasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND terus sukar dihalang apabila meledak dua gol ketika City berjaya membenam Copenhagen pada aksi awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Penyerang Manchester City, Erling Haaland terus ‘menggila’ ketika menyum­bangkan dua gol untuk mem­bantu kemenangan selesa 5-0 pasukan itu ke atas FC Copenhagen pada aksi Kumpulan G Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Haaland hanya memerlukan tujuh minit selepas aksi bermula untuk gol pertama sebelum melengkapkan jaringan kedua pada minit ke-32 sekali gus mengumpul gol ke-19 peribadinya sepanjang musim ini dalam semua pertan­dingan.

“Hatrik bukanlah segala-gala­nya, tetapi Erling Haaland sentiasa mahu memenangi perlawanan. Apa yang kami perlukan, semua pemain harus terbabit dalam setiap detik dan satu-satunya masalah kami ketika ini adalah keadaan Kyle Walker yang terpaksa disisihkan buat seketika.

“Ini adalah satu lagi gelaran terbesar yang kami mampu raih selepas Liga Perdana Inggeris,” kata pengendali City, Pep Guardiola.

Tiga lagi gol The Citizens hadir menerusi jaringan sendiri David Khocholava, manakala Riyad Mahrez dan Julian Alvarez turut menyumbangkan satu gol untuk City memimpin carta Kumpulan G dengan mata maksimum selepas tiga perlawanan.

Kemenangan besar ini juga menjadi saksi City kini sudah berada pada landasan yang tepat untuk mencabar kejuaraan selepas mengumpul 20 gol dalam lima perlawanan terakhir.

“Jujurnya agak sukar untuk kami percaya. Saya tidak pernah lihat sebelum ini dan dia (Haa­land) sentiasa ada untuk menyumbangkan dua gol pertama buat City.

“Penjaga gol (lawan) mengatakan Haaland ‘bukan manusia’ dan saya harap dia mampu meneruskan rentak ini untuk pacu pasukan raih kejayaan,” kata pemain tengah The Citizens, Jack Grealish. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI