Bajet 2023: Tengku Zafrul tersasul sebut ‘syarikat’
PETALING JAYA – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tersasul ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, sekali gus mengundang gelak tawa Ahli Parlimen lain.
Menerusi pembentangan tersebut, beliau menyebut perkataan ‘syarikat’ serta membetulkannya kepada ‘rakyat’.
“Tuntutan mewadahi sentuhan hari sanubari syarikat… rakyat,” katanya.
Selain gelak ketawa Ahli Parlimen lain, Tengku Zafrul turut tersenyum kerana tersasul dan kemudian, meneruskan pembentangan Bajet 2023. – KOSMO! ONLINE