fbpx

Bajet 2023: Subsidi RM11 juta untuk ujian mamogram, saringan kanser serviks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju menyalurkan RM11 juta untuk memperbanyak ujian saringan melalui subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan juga menyediakan peruntukan sebanyak RM235 juga bagi dana pembiayaan untuk wanita.

“Kerajaan turut memberi pengecualian cukai untuk wanita, ke atas pendapatan yang diterima taksiran 2023 sehingga 2028, untuk mengalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah tempoh ‘career break’,” katanya semasa pembentangan Bajet 2023 hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI