fbpx

Bajet 2023: RM6.7 bilion disediakan laksana inisiatif TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyediakan sebanyak RM6.7 bilion di bawah tujuh kementerian utama bagi melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, antaranya, RM180 juta disediakan sebagai dana latihan TVET kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi menyediakan pinjaman.

“Ia akan memanfaatkan seramai 12 ribu pelatih yang mengikuti Program Persijilan Kemahiran Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Tambahnya, Kerajaan juga akan meneruskan program Sistem Latihan Dual Nasional dengan peruntukan 20 juta ringgit untuk manfaat 3,000 pelatih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI