PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju memperuntukkan RM256 juta bagi Bantuan Musim Tengkujuh khusus kepada pekebun kecil getah.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu nanti bakal memanfaatkan 320,000 pekebun kecil.
Disamping itu juga, kerajaan turut mengumumkan peruntukan subsidi dan insentif pesawah, nelayan dan pekebun kecil berjumlah RM1.8 bilion. – KOSMO! ONLINE