PETALING JAYA – Bagi meringankan beban ibu bapa yang memberi pendidikan awal kanak-kanak, kerajaan bersetuju memberikan pelepasan cukai sebanyak RM3,000 ke atas bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2024.
Selain itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut mengumumkan peruntukan RM188 juta bagi program awal pendidikan kanak-kanak di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) termasuk pembinaan 10 taska KEMAS. – KOSMO! ONLINE