PETALING JAYA – Kerajaan mengumumkan diskaun bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi pembentangan Bajet 2023.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, diskaun itu bermula 1 November 2022 hingga 30 April 2023.
Ia melibatkan 20 peratus untuk penyelesaian penuh, 15 peratus untuk penyelesaian (50 peratus baki hutang) dan 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji. – KOSMO! ONLINE