fbpx

Bajet 2023: BKM RM2,500 untuk isi rumah lebih lima orang anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2,500 bantuan ‘one-off’ untuk isi rumah yang mempunyai lima orang anak atau lebih.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan itu diberikan kepada isi rumah yang mempunyai pendapatan RM2,500 ke bawah.

Beliau berkata demikian pada sesi pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi pendapatan isi rumah RM2,500 ke bawah dengan tanggungan anak di bawah empat orang pula akan mendapat sebanyak RM1,000 hingga RM2,000 bantuan tunai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI