fbpx

Bajet 2023: Apa yang kita dapat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PEMBENTANGAN bajet oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada hari ini pastinya detik yang dinanti-nantikan oleh segenap lapisan masyarakat di negara itu termasuk penjawat awam dan pekerja swasta.

Jika tahun lepas, bajet lebih banyak menekankan aspek pemulihan negara daripada kesan Covid-19 dan menyokong usaha transformasi ekonomi jangka panjang ke tahap lebih baik.

Belanjawan RM322.1 bilion itu adalah terbesar setakat ini, dengan majoriti peruntukan dikhususkan kepada sektor sosial, ketika orang ramai melalui fasa pemulihan daripada kemelesatan pendapatan berpunca dari gelombang Covid-19.

Kalau dilihat dan diperhalusi, kerajaan telah memperuntukkan jumlah bantuan paling besar kepada pelbagai sektor awam, terutamanya untuk golongan B40 bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Pada ketika itu, golongan pertengahan M40 ramai tertanya-tanya kenapa bajet tersebut kurang memberi perhatian kepada nasib mereka yang sepatutnya juga perlu diberikan penekanan?

Ini kerana, rata-rata memberitahu, mereka turut terkesan dengan pandemik yang melanda negara dari segi kewangan.

Memang tidak dinafikan, dalam situasi masa kini, seperti golongan B40 yang merasai keperitan hidup, golongan M40 turut terkesan dengan pandemik, malahan ada antara mereka terpaksa mencari kerja sampingan untuk menampung perbelanjaan harian.

Lagipun, kebanyakan golongan M40 mempunyai tanggungan anak ramai dan keluarga yang besar serta tidak mendapat bantuan semata-mata kerana faktor gaji.

Oleh itu, pihak berkenaan termasuk kerajaan perlu mengambil langkah jangka panjang dan pendek untuk membantu golongan ini termasuk perancangan untuk pelepasan insurans perubatan dinaikkan dalam cukai pendapatan.

Dalam hal ini, pemerhatian khusus turut perlu diberikan kepada golongan M40 dari semasa ke semasa bagi memastikan mereka tidak terpinggir dan tidak tergelincir menjadi golongan B40.

Sepatutnya, bantuan yang hendak diberikan juga perlu mengambil kira kedudukan kewangan dan jumlah isi rumah golongan M40 agar dapat dibuat secara telus tanpa melihat faktor gaji semata-mata kerana mereka mempunyai komitmen tinggi setiap bulan.

Mana tidaknya, mereka turut perlu menanggung banyak kos termasuk yuran bulanan anak-anak di taska yang semakin tinggi sekarang.

Sebelum ini, golongan M40 dikatakan kurang layak mendapat kerana tangga gaji tinggi, namun realiti kehidupan sekarang sudah berubah, ramai yang memerlukan bantuan sampingan.

Justeru, kerajaan perlu memastikan golongan M40 iaitu mereka yang berpendapatan sederhana tidak diabaikan dalam pembentangan Bajet 2023 pada hari ini, termasuk mempertimbangkan pengurangan cukai pendapatan bagi kumpulan itu.

Besar harapan agar suara mereka didengari pihak atasan agar kehidupan menjadi lebih baik pada masa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI