fbpx

Bajet 2023 adalah peruntukan terbesar buat Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika ditemui selepas pembentangan Bajet 2023 di Dewan Negara, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan peruntukan Bajet 2023 adalah adil dan menyeluruh bagi manfaat Keluarga Malaysia.

“Bajet ini bukan sahaja dari segi Keluarga Malaysia untuk kumpulan-kumpulan berbeza tapi bajet ini menumpukan secara terus kepada semua golongan seperti belia, golongan orang kelainan upaya (OKU) temasuk golongan rentan B40 dan M40.

“Semua sekali dapat faedah dalam bajet kali ini yang saya kira adalah yang terbesar dalam sejarah Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas pembentangan Bajet 2023 di Dewan Negara hari ini.

Tambah Ismail Sabri, kerajaan turut memberi tumpuan terhadap komuniti perniagaan dalam meningkatkan pemulihan ekonomi negara.

Selain itu, katanya, kerajaan juga memberi penekanan terhadap pembangunan projek luar bandar di Sabah dan Sarawak.

“Bantuan yang disediakan jelas disebutkan tadi dalam pembentangan Bajet 2023 melibatkan peruntukan di Sabah dan Sarawak,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI