fbpx

Anak hidup guna buah pinggang ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jue (kiri) bersama anaknya (tengah) yang kini dapat menjalani kehidupan normal selepas pemindahan buah pinggang setahun lalu.

PETALING JAYA – Seorang ibu berpuas hati dan lega kerana berjaya mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada anak kedua­nya kira-kira setahun lalu.

Lebih melegakan apabila dirinya dan anak juga sihat selepas melalui satu ujian besar itu.

Penderma buah pinggang itu, Jue Jariah Mokhtar, 44, berkata, proses yang dilaluinya bukan mudah tetapi dibuat dengan lapang dada demi anaknya, Intan Nurfazleena Zainol, 22.

Dia yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan berkongsi pe­ngalaman apabila anaknya di­sahkan menghidap buah pinggang bocor pada 2002.

“Saya dermakan buah pinggang kepada anak kalau ikutkan anak saya tidak mahu saya dermakan sebab risaukan keadaan saya akan sakit lepas itu.

Berit berkaitan: Orang Kelantan, Terengganu, Pahang paling sikit derma organ

“Pada tahun 2015, keadaan anak saya semakin teruk di­sebabkan jerebu ketika itu dan memaksa dia untuk mulakan rawatan dialisis di hospital,” katanya ketika dihubungi.

Ibu kepada lima orang anak itu akhirnya mendapat persetujuan anaknya melakukan pemindahan buah pinggang selepas mendengar ceramah agama berkaitan perkara itu

“Pemindahan berjaya dilakukan pada Oktober tahun lepas, proses kami sangat cepat dan tidak makan masa lama kerana keadaan kesihatan kami berdua ditahap terbaik.

“Selepas pembedahan, anak saya dimasukkan ke hospital ke­rana ada jangkitan kuman dan selepas itu tiada apa-apa masalah kerana ikut semua nasihat doktor,” katanya.

“Bayangkan berapa banyak nyawa kita boleh selamatkan, lebih lagi orang yang terdekat seperti keluarga daripada terus berada di dalam dilema memilih mati atau menahan sakit.

“Syukur penerimaan keluarga sangat membantu apabila pilihan ini saya buat, saya teruja membantu keluarga dengan suami menyokong hasrat saya ini” ujarnya.

Setelah hampir setahun pembedahan itu kehidupan Jue dan anaknya kembali normal.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI