PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lima negeri sehingga 12 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
“Di Selangor melibatkan daerah Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang, manakala di Negeri Sembilan hanya meliputi Seremban, Port Dickson dan Rembau.
“Sementara itu di Melaka, cuaca sama dijangka melanda Alor Gajah dan Melaka Tengah, manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pula meliputi seluruh kawasan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE