fbpx

UCL: Xavi berang tuduh pengadil ‘curang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEDRI (kiri) berjaya meledak jaringan, namun gol tersebut dibatalkan apabila pengadil mendakwa bola terkena tangan Fati sebelum itu. – AFP

MILAN – Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez berang dengan mutu pengadilan perlawanan yang menyebabkan pasukannya tewas 0-1 kepada Inter Milan pada aksi Liga Juara-Juara di San Siro awal pagi semalam.

Kekalahan itu menyaksikan The Catalans kini jatuh ke tangga ketiga Kumpulan C, enam mata di belakang pendahulu, Bayern Munich dan tiga dengan Inter yang melonjak ke kedudukan kedua.

Xavi ternyata tidak ber­puas hati selepas gol penyamaan mereka dibatalkan pengadil, Slavko Vincic yang mendakwa bola terkena tangan Ansu Fati sebelum Pedri menghasilkan ja­ringan itu.

Barcelona kemudiannya di­nafikan sepakan penalti di penghujung permainan selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) memutuskan bola tidak terkena tangan pemain pertahanan Inter, Denzel Dumfries.

“Saya marah dan geram de­ngan apa yang kami saksikan, ia seperti melihat satu perlawanan yang berat sebelah.

“Sekarang saya mahu me­ngatakan perkara ini sekali lagi selepas berulang kali saya menyebutnya. Pengadil perlu menjelaskan keputusan mereka kerana saya langsung tidak faham.

“Saya tidak boleh menyembunyikan perkara ini lagi. Saya mahukan penjelasan terhadap apa yang berlaku dalam perlawanan ini,” kata Xavi.

Gergasi Sepanyol itu terpaksa akur pulang dengan tangan kosong selepas tewas hasil jaringan tunggal pemain tengah Inter, Hakan Calhanoglu pada hujung babak pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI