fbpx

Tiga negeri Semenanjung, Sarawak ribut petir petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di tiga negeri Semenanjung serta Sarawak sehingga pukul 3 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, ia melibatkan negeri Terengganu (Kemaman) dan Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin).

“Selain itu, cuaca sama turut dijangka melanda Johor Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Dalam masa sama, amaran ribut petir di Sarawak turut meliputi kawasan Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong dan Mukah (Daro, Matu dan Dalat). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI