fbpx

Seksi? Dari dahulu memang saya begini – Eyka Farhana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EYKA FARHANA

KUALA LUMPUR – Pelakon sensasi Eyka Farhana beranggapan isu penampilan seksi yang digembar-gemburkan netizen sebagai bersifat subjektif, selain imejnya memang sudah begitu (seksi) sejak dahulu.

Pelakon berusia 28 tahun juga lebih selesa mengambil pendekatan ‘zip mulut’ atau lebih baik berdiam daripada membalas kritikan netizen berhubung isu pemakaiannya yang dikatakan keterlaluan terdedah.

“Bila sebut tentang seksi, perkara ini bersifat subjektif sebenarnya. Sebab dari dulu lagi orang sudah tahu saya begitu (seksi). Saya memang pakai seluar pendek. Malah ada juga artis lain yang lebih seksi, namun pendapat netizen berbeza pula terhadapnya,” kata Eyka kepada Kosmo! Online.

Tambah Eyka, netizen mungkin terkejut dengan penampilannya sehingga terus dihakimi seksi memandangkan sudah terbiasa menonton drama lakonannya yang tampil dengan pakaian sopan dan tertutup.

“Mungkin sebab kebanyakan pakaian saya ketika berlakon sopan dan tertutup. Jadi bila sesekali saya pakai pakaian terdedah seperti skirt misalnya, penampilan saya menjadi isu bagi netizen.

PENAMPILAN Eyka sering menjadi perhatian netizen.

“Jadi netizen sebenarnya sudah terbiasa tengok saya sopan dalam drama, tapi bila di luar begitu (seksi). Tapi kalau betul pakaian yang saya pakai itu dikatakan sangat keterlakuan, saya tidak akan pakai lagi selepas itu,” katanya.

Bukan setakat isu penampilan, kisah cinta pemilik nama lengkap Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi juga semakin diperkatakan ramai.

Eyka bagaimanapun mengambil pendekatan selamat, enggan terlalu bercerita tentang kisah peribadi, terutama soal cinta bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan Kelab Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid.

Ditanya tentang pemilik tangan yang dilihat memeluk bahunya menerusi sebuah video yang tular dalam TikTok baru-baru ini, pelakon drama Budak Tebing itu seboleh-bolehnya mahu menutup mulut biarpun rata-rata netizen mendakwa tangan itu adalah milik Akhyar.

“Saya sebenarnya enggan bercerita sangat tentang hal peribadi. Saya rasa lebih elok kalau saya ‘zip mulut’ dan diam supaya saya tidak lagi dikecam.

“Saya biarkan sahaja netizen membuat anggapan mereka sendiri tanpa perlu saya iyakan atau nafikan tentang perkara tersebut. Sebab rasanya netizen lebih tahu,” katanya.

“Sudah banyak komen dalam TikTok. Kalau rasa dalam video itu tangan si dia (Akhyar), maka dialah. Kalau rasa bukan, maka bukanlah. Kalau saya iyakan saya kena (kecam), kalau saya nafikan pun saya akan kena,” ujarnya.

Selain mengambil pendekatan untuk tidak terlalu terbuka, Eyka juga membuat keputusan untuk tidak terbawa-bawa atau mengulang siar komen-komen yang ditinggalkan netizen dalam setiap hantaran yang dikongsiknnya dalam media sosial.

Kata Eyka, dia mahu menjaga kesihatan mentalnya daripada asyik memikirkan komen-komen negatif yang ditinggalkan pengguna media sosial.

“Untuk kesihatan mental sendiri, saya mengambil pendekatan untuk tidak membaca komen netizen. Lagi mudah kalau saya tutup sahaja ruangan komen dalam media sosial.

“Saya pun sudah terbiasa menerima banyak komen-komen negatif netizen. Namun pada masa sama, saya juga menerima banyak komen-komen bersifat positif. Mana yang negatif saya ambil sedikit untuk perbaiki diri, yang positif pula saya jadikan semangat untuk meneruskan hidup,” katanya.

Eyka ketika ditemui pada majlis Sidang Media drama One Cent Thief di Dadi Cinema, Pavilion di sini mengakui menerima banyak nasihat daripada kenalan rapat supaya berdiam diri dan membiarkan netien membuat andaian sendiri.

ANTARA penampilan Eyka Farhana yang pernah dikritik netizen.

Sejak akhir-akhir ini, Eyka sudah beberapa kali mencuri tumpuan netizen apabila berkongsi video dan juga gambar dengan imej seksi dalam media sosial.

Pada Ogos lalu, Eyka menuai kritikan netizen apabila berkongsi sebuah video memaparkan dirinya memakai koleksi pakaian dalam jenama popular antarabangsa dan dengan sengaja menayang pusatnya.

Bahkan seluar dalam yang dipakainya sengaja dibiarkan sedikit terdedah bagi menampakkan jenama terbabit.

Selain itu, Eyka juga pernah berkonggi foto menunjukkan dia memakai gaun hitam paras paha dengan gaya reben besar menutupi bahagian dadanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI