fbpx

Ribut petir di Melaka, Johor dan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat diramalkan melanda dua negeri di Semenanjung termasuk Sarawak pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, di Melaka, keadaan cuaca tersebut melibatkan Melaka Tengah dan Jasin manakala di Johor hanya meliputi Tangkak.

“Di Sarawak pula, ia melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu).

“Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda negeri-negeri ini sehingga pukul 9 pagi nanti,” katanya.

Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI