fbpx

Pertemuan Agong, PM rutin mingguan – Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong petang tadi

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara, hari ini.

Istana Negara dalam kenyataan berkata, mesyuarat Pra-Kabinet tersebut adalah antara aktiviti mingguan bersama Perdana Menteri.

“Ia juga merupakan rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara kira-kira pukul 4.45 petang.

Perjumpaan ringkas selama hampir sejam itu difahamkan adalah bagi menyembah maklum berkaitan mesyuarat Kabinet serta mengemukakan cadangan tarikh pembubaran Parlimen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI