KUALA LUMPUR – Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang tiba di Istana Negara, di sini hari ini.
Kenderaan yang membawa Affendi Buang itu dilihat memasuki pintu utama Istana Negara sekitar pukul 2.05 petang tadi.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! di sini mendapati, hampir 50 pengamal media sudah ‘berkampung’ di pekarangan Istana Negara.
Ia susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipercayai akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pukul 4 petang ini.
Difahamkan, pertemuan petang ini adalah bagi menyembah maklum berkenaan mesyuarat Pra-Kabinet serta mengemukakan cadangan tarikh pembubaran Parlimen. – KOSMO! ONLINE