fbpx

MOSAR bawa turun pendaki Gunung Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOSAR menyelamatkan seorang pendaki Gunung Kinabalu ekoran mengalami ‘Acute Mountain Sickness’ (AMS) ketika berehat di asrama Laban Rata semalam. -Foto: Ihsan Bomba-

RANAU – Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) menyelamatkan seorang pendaki Gunung Kinabalu ekoran mengalami ‘Acute Mountain Sickness’ (AMS) ketika berehat di asrama Laban Rata semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, pendaki wanita terbabit dilaporkan sukar bernafas dan perlu dibawa turun segera untuk mendapatkan rawatan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.15 petang sebelum sepasukan 11 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi mangsa, MOSAR terus memberikan rawatan awal dengan cara pemanasan menggunakan ‘heater’, bagi memastikan mangsa dalam keadaan stabil dan selamat.

“Mangsa kemudiannya dibawa turun ke ‘Timpohon Gate’ menggunakan teknik usungan (Neil Robertson Strecher),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 12.06 tengah malam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI