fbpx

Korea Utara lancar 2 peluru berpandu, tuduh AS penyebab ketegangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Korea Selatan melancarkan peluru berpandu dari sebuah lokasi yang tidak didedahkan ketika latihan tentera bersama AS kelmarin. – AFP

SEOUL – Korea Utara melancarkan dua lagi peluru berpandu balistik jarak dekat ke perairan timur Semenanjung Korea awal hari ini, kata Ketua Staf Bersama Korea Selatan dalam tindakan yang meningkatkan lagi ke­tegangan di rantau tersebut.

Menurut stesen penyiaran CNN, pelancaran misil itu  dilakukan dari kawasan Samsok, Pyongyang. Kenyataan Seoul menyebut bahawa pelancaran itu adalah yang keenam oleh Korea Utara sejak  dua minggu lalu.

“Korea Utara melancarkan apa yang disyaki sebagai peluru berpandu balistik,” demikian menurut kenyataan akaun Twitter rasmi milik Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.

Menurut beberapa pegawai kerajaan, misil itu jatuh di luar Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Jepun.

Kelmarin (Selasa), Korea Utara­ melancarkan peluru berpandu balistik tanpa sebarang amaran ke arah Jepun. Pelancaran seumpamanya adalah yang pertama dalam tempoh lima tahun, mendorong Tokyo mengeluarkan amaran supaya penduduk mencari tempat  berlindung.

Susulan aktiviti ketenteraan Pyongyang, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) bertindak balas dengan melancarkan peluru berpandu dan mengadakan latihan tentera bersama di Semenanjung Korea pada kelmarin dan semalam.

Bercakap semasa lawatan ke Amerika Selatan semalam, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berkata, Korea Utara akan terus dikecam dan dipencilkan oleh dunia jika  berteru­san melakukan provokasi.

Pada bulan lalu, tentera laut AS, Jepun dan Korea Selatan menjalankan latihan antikapal selam bersama di perairan antarabangsa di pantai timur Semenanjung Korea bagi me­ningkatkan keupayaan menangkis ancaman kapal selam Korea Utara.

Pyongyang menuduh AS menjadi punca peningkatan ke­tegangan di Semenanjung Korea, manakala pelancaran misilnya adalah langkah tindak balas. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI