PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat tiba di bangunan Kementerian Kewangan (MOF) dipercayai bagi meninjau persiapan akhir Bajet 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, esok.
Ketibaan beliau pukul 12.13 tengah hari tadi disambut oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan pegawai kanan kementerian.
Terdahulu, beliau telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Induk Taman Meranti di ibu negara yang merupakan sebuah taman teknologi dan inovasi utama di Malaysia.- KOSMO! ONLINE