fbpx

Ismail Sabri berjumpa ‘Top 5’ UMNO petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) dan Ismail Sabri (kanan) pada sidang akhbar selepas Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO dan Perdana Menteri di WTCKL, baru-baru ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri mesyuarat bersama ‘Top 5’ (lima pemimpin tertinggi) UMNO di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Difahamkan, Naib Presiden UMNO itu terus bergerak ke mesyuarat berkenaan selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara.

Bagaimanpun, tujuan mesyuarat berkenaan belum dapat dipastikan, namun dipercayai berhubung pembubaran Parlimen.

Terdahulu, Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara kira-kira pukul 4.45 petang.

Perjumpaan ringkas selama hampir sejam itu difahamkan adalah bagi menyembah maklum berkenaan mesyuarat Pra-Kabinet termasuk mengemukakan cadangan tarikh pembubaran Parlimen. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI