fbpx

Gurauan ‘perut hamil’ Sharifah Sakinah, suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH SAKINAH dan suaminya, Michael Hansen.

TIDAK cukup dengan fesyen rambutnya, Sharifah Sakinah sekali lagi mengundang buah mulut ramai apabila videonya bersama suami baru-baru ini tular.

Dalam video tersebut, Sakinah yang memakai dres hijau dilihat mempersoalkan tentang perut yang kelihatan buncit namun jawapan balas Michael Hansen pula mengundang tanda tanya ramai.

“Alamak, perut saya. Lihatlah perut ini,” kata pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu.

Tidak berdiam diri, suaminya turut bergurau memberitahu perut wanita hamil memang akan kelihatan seperti itu.

“Ya, itulah yang berlaku jika awak berbadan dua,” selorohnya.

Jika benar hamil, pasti ramai yang akan mendoakan namun selepas melihat Sakinah membalas pertanyaan ramai dalam Instagram, Mizz Lahar yakin dia belum hamil.

“Tiada awak, sebab tak akanlah nak pertikai anugerah Allah,” balasnya kepada seorang netizen yang bertanya sama ada dia kini sedang berbadan dua atau tidak.

Teringat pula Sakinah pernah memberitahu sekiranya hamil, dia akan menjadi wanita clingy kerana ingin suaminya sentiasa berada di sisi.

Sukar juga sebenarnya untuk mereka yang ada hubungan jarak jauh. Semoga semuanya dipermudahkan untuk Sakinah dan suami.

MIZZ LAHAR: Selain Noh, ‘perangai’ penyanyi Iqbal M ketika persembahan pada Konsert Hausboom baru-baru ini turut hangat diperkatakan netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI