fbpx

CTOS IDGuard kesan permohonan kredit palsu bernilai RM193 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sistem CTOS IDGuard membantu meningkatkan ketelusan operasi perbankan tempatan. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – CTOS IDGuard, biro pencegah permohonan penipuan yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara, telah mengesan dan mencegah permohonan kredit palsu berjumlah RM193 juta hingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, CTOS Digital Berhad, Erick Hamburger berkata, biro pencegah penipuan berfungsi melalui pengimbasan permohonan kredit masa nyata dan menyemak pangkalan data CTOS yang luas serta menyemak setiap permohonan yang dibuat melalui semua bank rakan kongsi yang berada di dalam sistem. 

Menurut beliau, melalui  analisis dan pembelajaran mesin, CTOS IDGuard berada dalam posisi yang terbaik untuk mengenal pasti sebarang tindakan potensi penipuan untuk dimaklumkan kepada rakan perbankan.

“Dengan akses kepada data masa nyata, tepat dan dikongsi, kami memperkasakan institusi kewangan untuk mengecam sebarang permohonan penipuan dengan serta-merta supaya pengguna yang layak mendapat kelulusan dengan secepat dan semurah mungkin,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Sepanjang dua tahun lalu,  CTOS IDGuard telah menemui 4.2 peratus permohonan gadai janji yang berpotensi palsu dan mencurigakan iaitu kadar amaran tertinggi antara semua kategori permohonan.

Seterusnya diikuti oleh amaran permohonan pinjaman peribadi pada 1.8 peratus, permohonan kad kredit (1.3 peratus), permohonan pinjaman kenderaan (0.9 peratus), pinjaman PKS  (0.7 peratus) dan permohonan lain (0.5 peratus).

Dalam keseluruhan jumlah kes yang disahkan, sebahagian besar daripadanya adalah permohonan kad kredit yang menyumbang kepada 44 peratus penipuan sah yang diketahui dan permohonan yang mencurigakan.

Menariknya, satu pertiga daripada keseluruhan kes yang sah itu adalah disebabkan oleh permohonan yang dibuat oleh sindiket atau penipu yang telah diketahui. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI