SELEPAS hangat dengan drama mahkamah dan dijatuhkan hukuman denda sebagai RM30,000 atas kesalahan memuat naik kandungan sumbang dalam media sosial, pelakon bertubuh kekar, Zul Ariffin mencuri pandangan ramai menerusi satu ciapan Twitternya semalam.
“Salam, semoga hari yang baik untuk semua.
“Jaga makan dan kurangkan makan cili nanti menggelupur. Minum air yang banyak, baik untuk kesihatan,” katanya ringkas.
Namun, ramai yang tertanya-tanya tentang ayat ‘makan cili’ tersebut. Kedengaran seperti berbaur sindiran tetapi mungkin juga sekadar peringatan untuk semua.
Iyalah, ketika ini namanya masih lagi menjadi bualan hangat ramai, jadi setiap apa yang diperkatakan pasti akan menjadi tanda tanya.
Bak kata peribahasa, siapa yang makan cili, dia yang akan terasa pedas.
Mungkin siapa yang ada isu dengan Zul, akan terasa dengan ciapannya. Cumanya Mizz Lahar harap hanya sekadar ciapan berbentuk pesanan buat semua, betul tak Zul?
Tapi Mizz Lahar pun perasan juga, ada ternampak ulasan daripada penerbit drama terkait kisah Zul, iaitu Erma Fatima fasal isu malaikat dan siapa yang suruh Zul muat naik video dalam Instagram. Benda dah lepas, jadikan iktibar saja, cakap-cakap memang tak habis.
MIZZ LAHAR: Ramai puji Zul kerana bersifat gentleman, mengaku salah dan membayar denda. Baguslah begitu, tidak perlu panjangkan kes.