fbpx

Tanah runtuh, jenazah terkeluar dari kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Disebabkan batasan itu runtuh akibat hujan lebat, beberapa jenazah yang telah dikebumikan dapat dilihat di pinggir sungai. – Twitter

JAKARTA – Sebanyak 25 jenazah yang telah dikebumikan terkeluar dari dalam kubur akibat tanah runtuh di bahagian batas sebuah kawasan perkuburan di Bandung, wilayah Jawa Barat, lapor laman berita Suara.com semalam.

Ketua Unit Pelaksana Perkuburan Wilayah 1 Distaru Kota Bandung, Saeful Iman berkata, pihaknya sedang mengenal pasti kubur-kubur yang terlibat untuk dilaporkan kepada waris keluarga jenazah.

Menurutnya, terdapat batas yang dibina setinggi 3.5 meter dari sungai. Disebabkan batasan itu runtuh akibat hujan lebat, beberapa mayat yang telah dikebumikan dapat dilihat di pinggir sungai.

Daripada kesemua 25 kubur tersebut, terdapat 10 yang telah musnah dengan tujuh daripadanya musnah teruk dan perlu dipindahkan.

“Esok (hari ini) kita akan melihat lokasi yang sesuai untuk memindahkan (kubur). 

“Menurut kiraan kami, terdapat tujuh kubur yang perlu dipindahkan dan malam ini (semalam) kami akan cuba menghubungi ahli keluarga untuk memberitahu hal ini,” kata Saeful.

Tambahnya, jenazah-jenazah tersebut bagaimanapun tidak hanyut ke sungai dan masih berada di tapak perkuburan. Hanya tiga daripada jenazah muncul di pinggir sungai. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI