fbpx

Badang negara buru kelayakan ke Olimpik Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIQ dijangka menyertai kategori 61kg pada Kejohanan Asia 2022 di Bahrain yang menawarkan mata kelayakan ke Olimpik Paris 2024.

DUA atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan dan Muhammad Aznil Bidin meneruskan perjuangan di Kejohanan Asia 2022 di Bahrain bermula 5 hingga 12 Oktober ini, pentas kutipan mata ranking ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Badang negara itu yang me­lakukan kejutan meraih pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu melakukan persiapan terbaik bagi memastikan impian untuk menjejak kaki ke pentas Olimpik tercapai.

Bagaimanapun, hanya kategori 61 kilogram (kg) yang disertai Aniq di Bahrain nanti yang menawarkan kutipan mata kelayakan ke Olimpik Paris, manakala kategori 67kg yang disertai Aznil tidak menawarkan kutipan mata pada kejohanan tersebut.

Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat mengucapkan selamat maju jaya kepada dua atlet kebangsaan agar memperoleh keputusan positif di Bahrain.

“Kejohanan Asia 2022 merupakan saingan di bawah kalendar Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF).

“Jadi, kejohanan itu menawarkan kutipan mata untuk atlet kita terutama bagi kategori 61kg yang akan disertai Aniq. Namun, bagi Aznil, tiada kutipan mata kelayakan adalah peluang terbaiknya mengutip pengalaman.

“Kejohanan ini penting buat mereka kerana kali ini dua atlet tersebut beraksi dalam kategori baharu, jadi di situ kita akan nilai kemam­puan mereka. Aniq sertai acara 61kg kerana di Olimpik acara 56kg tidak dipertan­dingkan,

“Tetapi kejohanan ini juga sebagai medan pemanas badan, sebelum kita menyertai Kejohanan Angkat Berat Dunia Colombia pada hujung tahun ini.

“Kita akan menghantar seramai empat atlet angkat berat negara ke Colombia. Kejohanan tersebut juga merupakan pentas kutipan mata ranking kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024,” katanya kepada ­Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Aniq ­menegaskan, dia akan melakukan yang terbaik kerana ketika ini dalam momentum cukup positif selepas menuai emas pada Sukan Malaysia (Sukma) dalam acara 61kg.

“Saya akan menyertai kategori 61kg di Bahrain dan menyasarkan untuk lakukan angkatan lebih baik berbanding sebelum ini.

“Saya tahu cabaran di Bahrain bukan mudah ­kerana ramai atlet terbaik Asia berada di sana. Saya tidak berputus asa dan cuba melakukan semampu yang boleh,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI