fbpx

30 terbunuh termasuk kanak-kanak dalam tembakan di pusat jagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Panya melepaskan tembakan di pusat jagaan tersebut sebelum membunuh diri serta keluarganya. – Viral Press

BANGKOK – Seorang bekas anggota polis yang bersenjatakan senapang, pistol dan pisau menyerang sebuah pusat jagaan kanak-kanak di timur laut Thailand hari ini, dan menembak mati sekurang-kurangnya 30 orang termasuk kanak-kanak sebelum membunuh diri serta keluarganya.

Penyerang tersebut dilaporkan melepaskan tembakan di pusat jagaan di wilayah Nong Bua Lam Phu sekitar pukul 12.30 petang (waktu tempatan) sebelum melarikan diri dengan menggunakan sebuah kenderaan.

“Angka kematian dalam insiden tembakan tersebut adalah sekurang-kurangnya 30 orang,” kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri Thailand, Anucha Burapachaisri.

Sementara itu, Kolonel Polis Jakkapat Vijitraithaya dari wilayah Nong Bua Lam Phu berkata, penyerang dikenal pasti sebagai Panya Khamrab, seorang bekas leftenan kolonel  yang dipecat daripada jawatannya disebabkan penyalahgunaan dadah.

Tambah Jakkapat, 23 kanak-kanak adalah antara yang terbunuh, berusia antara dua hingga tiga tahun.

Insiden tembakan rambang jarang berlaku di Thailand. Pada 2020, seorang askar membunuh 21 orang dan mencederakan puluhan yang lain dalam kejadian di bandar  Nakhon Ratchasima. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI