fbpx

Tentera Darat AS gagal capai sasaran pengambilan anggota baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENTERA AS berdiri dalam barisan di pangkalan latihan Tentera Amerika Syarikat di Grafenwoehr, selatan Jerman pada 13 Julai lalu. - AFP

WASHINGTON – Tentera Darat Amerika Syarikat (AS) gagal mencapai sasaran merekrut 60,000 askar pada tahun ini apabila mencatatkan kekurangan sebanyak 15,000 anggota, lapor laman berita RT kelmarin.

Cawangan lain dalam angkatan tentera AS seperti Tentera Udara, Laut dan Marin berjaya mencapai matlamat pendaftaran keahlian namun hanya selepas menyemak semula kumpulan pemohon yang ditolak atau ditangguhkan.

“Untuk tahun pengambilan tentera yang paling mencabar sejak permulaan pasukan sukarelawan, kami hanya mencapai 75 peratus daripada matlamat pengambilan anggota baharu pada tahun 2022,” kata Setiausaha Tentera, Christine Wormuth dalam satu kenyataan.

Jika Tentera Darat AS terus berdepan kesukaran dalam merekrut askar baharu, mereka akan menarik anggota daripada pasukan Pengawal Kebangsaan bagi tujuan tersebut.

Angkatan darat itu turut bimbang mengenai jumlah pendaftaran ahli baharu yang dijangka terus merudum pada tahun hadapan.

Kor Marin AS kebiasaannya melengkapkan kira-kira separuh daripada sasaran pengambilan pada awal tahun fiskal, tetapi hanya memperoleh kira-kira 30 peratus untuk tahun  2023 setakat ini, kata beberapa pegawai. 

Sementara itu, Tentera Laut AS yang kebiasaannya membuka tahun fiskal dengan kira-kira 25 peratus pengambilan anggota hanya melaporkan 10 peratus daripada jumlah sasaran setakat ini, kata mereka.

Ketua-ketua angkatan bersenjata itu telah menjalankan beberapa kaedah untuk meningkatkan pengambilan ahli pada tahun ini termasuk menaikkan bonus pendaftaran, menggugurkan syarat diploma sekolah tinggi dan menurunkan standard fizikal.

Bagaimanapun, ramai pelatih didakwa lebih tertarik kepada industri swasta dalam keadaan krisis pasaran buruh yang ketat.

Isu tersebut diburukkan lagi dengan fakta bahawa hanya 23 peratus orang muda memenuhi kekosongan dalam bidang ketenteraan dengan ramai didapati tidak layak kerana isu perubatan termasuk obesiti, penggunaan dadah dan rekod jenayah. 

Namun begitu, ketua kakitangan Tentera Darat AS, Jeneral James McConville menegaskan bahawa pihaknya kekal komited dalam mengekalkan standard, melabur untuk belia AS dan menekankan kualiti berbanding kuantiti. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI