fbpx

Suami dapat surat tuntutan cerai ketika gaul ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perkongsian video TikTok oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Ustaz Anas (@anasjamaluddin85) membuka mata apabila seorang individu mengadu tentang isu tuntutan cerai yang terjadi akibat nilai nafkah yang diberikan kepada si isteri rendah.

Video tersebut menunjukkan lelaki tersebut datang kepada Ustaz Anas dalam keadaan kusut dan serabut serta tangannya juga berwarna kuning.

Apabila ditanya, individu tersebut menceritakan kejadian yang berlaku kepada dirinya yang menerima surat tuntutan cerai dari mahkamah ketika dia sedang menggaul ikan dengan kunyit untuk makan, namun hilang rasa lapar apabila menerima perkhabaran itu.

“Isteri saya menuntut cerai atas sebab nafkah yang diberikan kurang, tetapi ini semua disebabkan hawa nafsunya juga.

“Hutang saya makin bertimbun kerana isteri mahu melahirkan anak di hospital swasta sehingga saya terpaksa membuat pinjaman peribadi yang banyak,” jelasnya kepada Ustaz Anas.

Rata-rata komen netizen sangat bengang dengan tindakan si isteri yang membebani sang suami.

“Ukur baju di badan sendiri lebih baik hidup biasa daripada serabut dibelenggu hutang,” ujar Izanasir110.

“Allahuakhbar, sedihnya. Sebenarnya dalam rumahtangga tolak ansur sangat penting dan jangan tuntut sesuatu yang di luar kemampuan suami,” komen Fiza80fiza80.

“Saya pun bersederhana bersama suami dan tolong menolong dari segi kewangan… tenang rasa,” kata Iffa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI