fbpx

‘Selalu singgah sebab asam pedas ikan jenahak sedap sangat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurrita antara pelanggan tetap Restoran Asam Pedas 35 di Bandar Hilir, Melaka.

MELAKA – Rata-rata pelanggan yang menikmati juadah makan tengah hari di kedai atau restoran lebih mengutamakan kualiti masakan, selain harga dan layanan mesra daripada pengusaha.

Tinjauan Kosmo! di sebuah Restoran Asam Pedas 35, yang pernah tular di media sosial ke­rana didakwa pengusaha premis bersuara ‘petir’ mendapati kedai itu masih dikunjungi pelanggan.

Menurut seorang pelanggan, Nurrita Ailmi, 32, dia dan keluarganya sanggup datang dari Johor ke Melaka semata-mata bagi merasai masakan asam pedas berkenaan selepas tular di Facebook.

“Alhamdulillah. Semasa kami datang terus dapat meja makan, makanan pun semua dapat cepat. Paling sedap asam pedas ikan jenahak, memang kami puas hati.

“Tetapi ketika nak kemaskan meja makan, adalah mak cik (pemilik kedai) tu cakap, ‘tumpang ya, kena baju takut marah pula’. Kami tak lah rasa dia marah, cuma kalau orang lain mungkin anggap lain pula kan,” katanya.

Zul Hazry Mohd. Yusoff, 45, pula memberitahu, kedai tersebut menjadi pilihannya setiap kali datang ke Melaka dari Nilai, Negeri Sembilan.

“Bagi saya masakan di kedai Asam Pedas 35 ini memang sedap. Kalau ke kawasan Banda Hilir, inilah kedai yang saya dan keluarga akan tuju untuk makan tengah hari.

“Saya tidak kisah apa orang nak kata ke­rana lebih mengutama­kan kepada kualiti makanan,” katanya ketika.

Sementara itu, seorang penjawat awam, Norazuin Nordin, 35, berkata, kedai tersebut antara yang menjadi kegemarannya setiap kali ingin menikmati sajian asam pedas.

“Saya memang suka masakan asam pedas di kedai ini terutama asam pedas ikan pari, kuahnya tidak terlalu cair dan rasa masam serta pedas juga seimbang.

“Saya tahu kedai ni viral sebab orang kata taukenya ‘kahau’ (kasar) sikit tetapi bagi saya dan keluarga, kami pun orang Melaka jadi sudah biasa,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI