fbpx

Restoran hidang air bercampur asid kepada kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Restoran Poet di Lahore diarah tutup susulan dakwaan menghidangkan air bercampur asid kepada dua kanak-kanak. - poetrestaurant

ISLAMABAD – Seorang pengurus kedai makan di Lahore, Pakistan ditahan polis selepas didakwa menghidangkan asid di dalam dua botol minuman kanak-kanak yang menghadiri sambutan hari lahir di premis berkenaan, lapor laman berita Wion News semalam.

Kejadian tersebut berlaku di Restoran Poet yang melibatkan seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mendapat kecederaan berbeza akibat diberikan botol berisi asid tersebut.

Pengadu, Muhammad Adil berkata, dia mengadakan majlis sambutan hari lahir di restoran tersebut dan dua anak saudaranya, Ahmad dan Wajihan dihidangkan dengan minuman di dalam botol.

“Ahmad memegang botol berisi asid itu sebelum dia mengalami kesan melecur pada tangan dan lengan selepas cuba membasuhnya menggunakan cecair tersebut.

“Wajiha pula yang sempat meneguk air dalam botol itu mula muntah tanpa henti sebelum kedua-duanya dikejarkan ke hospital dan Wajiha disahkan kritikal pada waktu itu oleh doktor,” jelasnya.

Sejajar dengan seksyen 336B Kanun Keseksaan Pakistan (hukuman kerana bahaya oleh bahan kimia menghakis), polis telah memfailkan aduan terhadap pengurusan restoran dan lima kakitangan lain.

Pegawai polis, Tahir Waqas berkata, restoran tersebut diarahkan tutup sehingga polis selesai melakukan siasatan.

“Ini adalah insiden yang aneh kerana motif yang tidak jelas dan kami sedang melakukan siasatan dari setiap sudut,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI