fbpx

Pengurus Liga Fantasi Kosmo! bawa pulang RM200 seorang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA pemenang Liga Fantasi Kosmo! bagi minggu kesembilan.
ADZHAR MISERAN

Impian bina Dream Team FPL jadi kenyataan

PERANCANGAN teliti pada setiap perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) membawa tuah kepada pengurus, Adzhar Miseran apabila mengutip antara mata tertinggi mingguan Liga Fantasi Kosmo! 2022/23 bagi minggu ­kesembilan.

Malah, pengurus yang sudah berjinak-jinak dengan dunia Fantasy Premier League (FPL) sejak 2011 itu turut mencatat setiap informasi penting termasuk pemain berpotensi dan jadual perlawanan dalam sebuah buku khas.

Percaturan pengendali Dream Team itu menggunakan wildcard seawal minggu kelapan menyenaraikan pemain, dengan memberikan fokus kepada lima perlawanan seterusnya ternyata menuai hasil cukup lumayan.

“Mungkin ada sesetengah orang anggap tulis maklumat dalam buku satu kerja merepek tetapi tidak bagi saya. Kadang-kadang kita terlepas pandang kalau tengok aplikasi sahaja.

“Tahun lepas saya menang liga lain tetapi kali ini memang saya sasar untuk menjadi antara pemenang tertinggi Liga Fantasi Kosmo! Saya gembira kerana percaturan menjadi.

“Selain hadiah yang menarik, temu bual pemenang terpapar di muka Sukan ­Kosmo! juga menjadi antara satu tarikan dalam peraduan Liga Fantasi ­Kosmo!,” kata­nya.

 

AFZANI HAMIDUN

Peminat setia United gembira Haaland hatrik

BERJAGA malam menjadi senjata rahsia buat pengurus FPL, Afzani Hamidun selepas dinobatkan sebagai pemenang mingguan Liga Fantasi Kosmo! 2022.

Meskipun seorang peminat setia Manchester United, namun Afzani memilih Erling Haaland sebagai kapten pasukan dan satu tindakan tepat buatnya apabila mengumpul mata tertinggi.

Bagaimanapun, Afzani me­ngakui kemenangan itu juga mungkin rezeki buat anaknya yang kini berusia satu bulan.

“Saya sudah sertai Liga Fantasi Kosmo! sejak tahun lepas.

Sepanjang musim lalu, tiada rezeki untuk menang dan kali ini, saya lebih fokus merencana strategi. Walaupun peminat United, namun saya tidak memilih skuad itu kerana masih belum stabil.

“Jadi, pilihan saya merombak pasukan membantu mengutip mata tinggi minggu ini. Kemenangan ini secara tidak langsung menaikkan semangat saya untuk terus mencorak pasukan terbaik bagi minggu-minggu seterusnya,” katanya.

 

SIDQI KAMIL

Rombak pasukan guna wildcard bawa tuah

KEPUTUSAN merombak pasukan menggunakan cip wildcard memberi tuah buat pasukan Abah Tasnim yang dikendalikan oleh Sidqi Kamil mengumpul mata tertinggi pada minggu kesembilan Liga Fantasi Kosmo! kali ini.

Sidqi mengakui, cukup teruja apabila diberitahu menjadi salah seorang pemenang mingguan dan ini adalah penyertaan kedua peribadi di Liga Fantasi Kosmo! selepas berjaya meraih Top 10 musim lepas.

“Pada minggu ini, saya menggunakan wildcard de­ngan merombak hampir semua pemain dalam pasukan kerana mahu membuang beberapa tonggak hambar musim ini.

“Berdasarkan prestasi semasa, saya memang tidak ambil langsung pemain ­Liverpool termasuk Mohamed Salah, meskipun agak menjadi tahun lalu.

“Saya menggantikan pemain lebih konsisten seperti James Maddison dari Leicester City.

“Secara keseluruhan, saya bangga dengan percaturan taktikal sendiri dan mengucapkan terima kasih kepada Kosmo! kerana meneruskan penganjuran Liga Fantasi yang begitu menarik pada musim ini,” kata Sidqi.

 

HAZREE AZMIR

Patin Tempoyok juara hasil penangan Haaland, Foden

HATRIK oleh Erling ­Haaland dan Phil Foden berjaya ­melonjakkan pasukan Patin Tempoyok yang dikendalikan Hazree Azmir muncul pasukan terbaik minggu kesembilan (GW9) dengan mengumpul 123 mata.

Hazree dari Kuantan, Pahang mengakui, keyakinan penuh diberikan kepada pemain-pemain Manchester City seperti Haaland dan Foden pada aksi derbi bertemu Manchester United ­minggu lalu membuahkan hasil.

“Secara jujur, saya tidak sangka dapat mengutip mata tertinggi pada kempen ­minggu ini, tetapi inilah rezeki selepas melihat semua pemain dalam pasukan agak menjadi.

“Tiada rahsia, kerana pemain-pemain yang saya ada turut dimiliki oleh pasukan lain seperti Haaland. Namun, saya buat kelainan sedikit dengan menyenaraikan ­Jarrod Bowen dari West Ham.

“Secara peribadi, ini adalah musim kedua penyertaan saya pada Liga Fantasi Kosmo! selepas tahun lalu meraih kedudukan Top 10. Terima kasih Kosmo!, ” katanya.

 

FAIDZAL IDRIS

Faizal congak strategi sebelum muncul juara

KESABARAN dan berhati-hati dalam membuat percaturan menjadi kunci kejayaan kepada Faizal Idris selepas berjaya ­mengungguli senarai pemenang minggu Liga Fantasi Kosmo!

Meskipun baru berjinak-jinak dalam FPL sejak empat tahun lalu, namun Faizal membuktikan dia kini antara pencabar baharu Liga Fantasi Kosmo! selepas ­menghuni tangga ketujuh liga keseluruhan dengan mengumpul 558 mata.

“Saya baru empat tahun dalam saingan FPL dan minat sebab selalu ‘layan’ bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL). Musim lalu, saya tidak menang, jadi tahun ini mahu lakukan lebih baik.

“Saya sertai FPL Kosmo! sebab kali ini hadiah yang ditawarkan begitu lumayan menanti pemenang. Jadi, saya harap mata ter­tinggi mingguan ini dapat membantu saya untuk muncul juara.

“Saingan FPL Kosmo! juga dilihat semakin sengit, jadi saya tidak boleh lakukan kesilapan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI