fbpx

Pegawai menteri mula kosongkan pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Khabar angin berhubung pembubaran Parlimen mula bertiup kencang apabila sudah ada pegawai lantikan politik blok kerajaan mula mengosongkan pejabat mereka masing-masing hari ini.

Tindakan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan spekulasi pembubaran Parlimen yang akan dibuat dalam masa terdekat dimana ia dikhabarkan seawal Jumaat ini.

Salah seorang pegawai menteri ketika dihubungi memaklumkan, setakat ini, mereka belum menerima apa-apa arahan bagi proses mengosongkan ruang pejabat.

Bagaimanapun, individu terbabit menjelaskan akan mula mengemas ruang pejabat mereka bermula esok.

“Esok mungkin saya kemas. Insya-Allah,” katanya ringkas tadi.

Blok pembangkang sebelum ini meramalkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pembubaran Parlimen sebelum pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI