fbpx

Mahkamah: LHDN tarik balik rayuan cukai RM10.3 juta terhadap Nooryana 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nooryana.

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menarik balik rayuannya yang difailkan di Mahkamah Rayuan di sini berhubung samannya terhadap anak perempuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa bagi menuntut cukai pendapatan RM10.3 juta yang tidak dibayar.

Perkara itu disahkan peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Nooryana ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Menurut peguam itu, LHDN telah memfailkan notis penarikan balik pada Isnin lalu (3 Oktober) yang mana Noryana telah menyelesaikan kes cukainya dengan LHDN.

“Bagaimanapun pihak kami (Noryana)  tidak boleh mendedahkan terma penyelesaian serta jumlah yang telah dibayar secara terperinci,” katanya ringkas. 

Pada 26 Ogos 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Faizah Jamaludin menolak permohonan LHDN untuk penghakiman terus dalam samannya, yang menuntut pembayaran cukai pendapatan berjumlah RM10.3 juta daripada Nooryana.

Kemudian pada 7 Julai lalu, Mahkamah Rayuan di sini menetapkan hari ini untuk mendengar rayuan LHDN terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi penghakiman terus terhadap anak perempuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa mengenai dakwaan cukai pendapatan yang tidak dibayar.

Pada 24 Julai 2019, kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan menerusi LHDN, menamakan Nooryana, selaku defendan.

Penyataan tuntutan LHDN menyebut bahawa Nooryana gagal mengemukakan Borang Nyata Orang Perseorangan mengikut Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Taksiran 2011 sehingga 2017.

LHDN mendakwa, defendan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang termasuk dengan kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM10,335,292.36. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI